Wednesday, April 10, 2013

keanehan (( poli-tikus ,sabah issue)

Seperti punggok rindukan bulan>> Kerana bermimpi disiang hari>> Burong terbang pun dipipiskan lada >> Sungguh manis janjimu tuan>> Mengajar anak kencing berlari>> Hanyutkan kelaut apa yang ada >> >>>>>>>>>>>>>>>>> Harapkan rebung menjadi buloh >>> Kuatkan tebing yang mungkin rebah >>> Semuga dipijak tidak bergoyang >>> Sayangnya besi tidak bersepuh >>> Jadi korban lah si batu asah >>> Bagaimana menebas sampar dan lalang . Affiliate 
Program ”Get Money from your Website”

Monday, April 18, 2011

Sahabat yang Pulang

(Buat kenangan untuk Zak (Zakaria Puteh) sahabat karibku yang telah pulang ke rahmattulLah pada 18 April 2011)

Sahabatku..
Demikianlah yang berlaku pada semua
Dalam sunnah yang tidak dapat diubah
Yang insiden bukanlah pengulangan
Tapi tajalli tiada pernah terhenti dengan “kun”Nya

Dari sebelah sana tentu kau temui
Jawapan bagi semua muslihat tentang nasehat, azam , perintah dan larangnya
Demi Rahsia Diri dengan rencana agung yang di cuitkan pada kita, kami, mereka,dia,kamu dan Aku

Sahabat ..kau tidak kemana-mana
Pakaianmu hanya disimpan di tempat asalnya
Kerana ia alami rusak dan lusoh
Sedang kau bebas dari semua bila dikampong halaman

Hanya….
Kami disini tidak mengerti
Memandang dibalik tirai besi
Sebahagian kami menjadi iri
Kau datang kemudian tapi dulu pula dijemput pergi

Sahabat..
Akan ada harinya
Kami pasti menyusul
Untuk mengambil keberuntungan yang sama.

Thursday, March 31, 2011

Pesaka yang hilang

Hidup Nafas kerana Ampas
Hidup Ampas kerana Tanapas
Hidup Tanapas kerana Nufus
Hidup Nufus dengan hayat Alah Ta’ala

Di ketahui sebagai satu cabang ilmu Tahkik, Kitabnya sangat jarang di temui,
Pernah terjumpa sekali di catatkan didalam kitab karangan Hj Naim As-sufi
Hanya satu lembaran, dicantum dengan ilmu mengenal diri
Sayang sekali, mana nak dicari.

Besar hajat untuk mengetahui
Apa hujahnya ,apa pula yang disi
Apa susahnya dan yang perlu dipeduli
Empat baris yang pertama tadi

Telah ku perhatikan tinggalan orang tua –tau hebat ini
Al Ghazali, Ibnul Arabi, Hamzah Fansuri , Abdus Samad Al Palimbani
Abu Yazid Al Bistami , Karim Al Jili dan beberapa lagi
Sama sasaran berlainan bunyi

Namun semuanya nampak serasi
Di balik bahasa mengangkat jari
Kitab yang sama diselongkari
Walau zaman silih berganti


Itulah pengetahuan
Bukan untuk jualan
Bukan juga mencari upahan
Hanyalah menjejak perbendaharaan Tuhan

• Kuntu kanzon makhfiyan,pa ahbabtu ‘an arofa ,fakholaktul- kholak liyaqrifuni *
• (Kami perbendaharan tersembunyi maka amat suka dikenali, maka kami jadikan-kejadian dan dengannya mempekenalkan diri)
• - Hadis Qudsi

Nukilan,
Ismail Osman

Friday, March 11, 2011

Siapa kita ?

Tuhan
Kita
Alam

Kita bukan Tuhan
Kita bukan alam
Kita hanya pengantara

Kita bukan Tuhan kerana kita hanya makhluk yang dijadikan dari unsur alamiah iatu unsur tanah , ayer, api , angin. Bahagian –bahagian dari kebolehan hanya pinjaman seperti kebolehan melihat kemudiannya pudar dan rabun, boleh mendengar kemudian pendengaran beransur lemah dan mungkin pekak, bahagian –bahagian dari pengetahuan adalah kurnian sementara, boleh mengingati kemudian lupa, kekadang idea / ilham mencurah untuk dicatatkan, kekadang ianya kosong dan dungu,disatu masa sehat waktu lain pula sakit ,merasai hidup yang menempuh mati, perwatakan menempuh evolusi sebagai bayi, budak,remaja, dewasa dan tua . Mengapa terlebih perasan ?. Jangan jadi Fir’aun yang menyangka sebaliknya. Dan juga telah ditegaskan “sesungguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian “ juga dalam kalimatNya “ tidak ku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah akan Daku”dan dari sisi yang lain seperti “ Iyya ka nak budu “ dalam surah Al fatihah dan “wa ni’ak buduni haza siratim mustaqim” dalam surah Yaasin , dua kalimah pendek yang di kutip ini memiliki kata “ budu” yang memberi isyarat pada makhluk untuk membuat komitmen dan mematuhi ‘command’.

(Maka dengan santun kita menolak untuk berkemah bersama aliran Jabariah dan yang sama pegangan dengannya)

Kita bukan juga Alam semata, kita punya Roh Pemilik yang tiada mengalami mati, kataNya “wa nafaktu fihi min ruhi”, kita menerima nilai dari dosa dan pahala ( padahal alam semesta dan segala haiwan tiada) kita seakan mempunyai berbagai pilihan dan menetap keputusan, mengrealisasikan citarasa dan juga menjadi tempat dimana dia memperkenalkan Dirinya dan Dia juga berkata “ manusia itu Rahsiaku dan Akulah Rahsianya”. Dan dalam tamsilan sebagai sebuah “cermin” yang kita me-nyata-kan sifat, af’al dan asma ketuhanannya.

(Maka kita lebih tegas menolak En Charles R Darwin dengan ‘ theory science’ nya yang manusia berasal dari berok diawal evolusi - agak-agaknya dia ni athies, bidang theology tak dak dalam kamus dia)

Pada keadaan inilah kita berdiri dengan identiti penuh misteri “siapa kita ini “ dan ramai pula yang tersungkur kebumi kerana tersalah mencekupnya. Dengan tugas memelihara amanah keilahiannya, dan menzahirkan penghargaan pada yang sebenar-benarnya berhak menerima seperti yang terbayang dalam mode kerja “rukun yang lima “ atau tambahan nya iaitu Tasbih, Tahmid dan Takbir ( yang mana satu pun di sebut ibadah juga namanya kerana abid itu dalam fungsinya)

Bagi setiap Nabi ada kaumnya yang mesti dikekang dibawah peraturan undang-undang agama yang dibawanya kerana kombinasi unsur dan alam telah membentuk satu kesedaran kerajaan autonomi nafsu diri yang bertaraf haiwan (haiwanun-natiqah),yang mana ini jika tanpa panduan dan bimbingan pasti tidak akan bersesuaian dengan pengkhususannya sebagai “ khalifah dimuka bumi”

Jadi, sedarkanlah diri kita , perelokanlah laku kita , bila kertas dan dawat paparkan “ayat suci”, secara otomatis objek itu bertukar status menjadi sesuatu yang dihormati .

Nabi S.A W bersabda “Ana abduhu wa rasuuluh (saya hambaNya dan RasulNya)
Menempuh kebisingan hidup dalam keheningan yang redup
Tiada perangkap hati dalam menceraikan rezeki tanpa rasa rugi
Tersenyum walau dimarahi , tiada dendam bertapak dihati
Memahami semua tajalli dan perintah pada jawab “ Qul, Ruhi min Amri Rabbi”

Dijangkakan, pasti banyak soalan timbul tentang keberagaman(multiplicity) , biar ditegaskan , Itu pada sifat ,af’al dan asma bukan pada ZatNya yang harmoni dengan Satunya (wahdahu, la syarika Lahu ) Tiada sebarang pengetahuan yang pernah dicapai oleh manusia mau pun yang bergelar nabi-nabi dan aulia berkenaan Az Zat Nya , dikatakan merenung dengan aqal tanda seorang itu menjadi kufur.

• Wala yuhithuna bisyain min ilmihi illa bi ma syaa’
Sebaris dari Ayatul Kursyi
.

Nukilan,
Ismail Osman

Sunday, March 6, 2011

Aduhai....

Tidak lama dahulu
Ku baca didada akhbar Ustaz muda membuat komentar
Ulamak melayu itu tak sehebat mana
Kononnya hanya gembur-gembur saja
Juga disebut nya hadis “man arofa nafsahu, faqod ‘arofa Robbahu
Sebagai rujukan yang dzoif, sanadnya di ragui

Dalam hairan ku selongkari
Lalu terjumpa dalam tinggalan AlGhazali
Dalam Sirrul Asrar tinggalan Syekh Abdul Qadir Jailani
Dalam Durun Nafis tinggalan Syekh Mohd Nafis bin Husen AlBanjari
Dalam Sairus Salikin tinggalan Syekh Abdus Samad Al Palembani
Tercatat dengan huraian yang indah sekali

Aku pun bertanya diri sendiri
Siapa hamba Allah ini
Bagaimana dia lebih cerdas melampaui
Dari guru-guri sufi yang seluruh hidupnya menyerah diri , pada Ilahi

MasyaAllah, janganlah kau berkecil hati
Seandai kau baca tulisan ini
Masa yang lama diperlukan
Untuk yang muda menjadi masak


Kata Rumi “ jangan kau lihat siapa yang bercakap’ tapi lihat apa yang dicakap”

Monday, February 28, 2011

Dengan fitrah, kita mendatang.
Bagaikan siang tika menjelang,
Semasa kecil kita ditatang
Bila dewasa sendirian berjuang

Ada senjata dan beban dibelakang.
Juga amanah perlu disandang.
Hendaklah selaras jangan terkurang
Semuga Raja tak jadi berang

Dari takhta Dia memandang
Tempat Tertinggi tiada berhalang
Perintah yang mesti jangan ditentang
Itulah Penakluk tak kenal kurang

Sehat, sakit, susah dan senang
Bacaan yang rumit bukan kepalang
Ranjau muslihat dan dalamnya jurang
Demi Rajalah kita berperang

Perlu kau tahu itulah peluang
Akuan asal ketika bersidang
.Menunggu petang panggilan pulang
Berhimpun sigelap kehazrat yang terang.

Alastu birabbikum – bala shahidna
Sidang suci menunduk semua.
Beruntunglah siArif tak lupa janjinya
Khauf , raja’, mahabbah jadi jubahnya.

Dia bertanya bukannya jahil
Hanya berdailog dengan sang wakil
Niat berbohong dengannya mustahil
Rahsia Dirinya segala dalil

Dengan Musa Dia bertutur
Bukan dibarat bukan ditimur
Permohonan melihat”telah diukur
Zat yang suci dan , jasad yang kotor

Ditampakan tajalli di bukit Thur
Bukit yang gagah menjadi lebur
Terus pengsan dibumi tertidur
Diam lah si hamba penuh akur

Satu masa Musa terlupa
Menyangka diri tahu semua
Ditunjuki Khizir hamba terahsia
Satu pelajaran tiga cerita

Thursday, February 24, 2011

Satu Yang Sama

Selepas wafat Khatamal Anbia
Pernah ku dengar orang berkata
Kewalian terhenti didalam dunia
Tiada Aulia dizaman kita

Dasar apakah pandangan diberi
Berputus asa demikian sekali
Tidakkah Tuhan berdaya lagi
Akal dan hati kemana pergi

Dia yang dulu sekarang pun sama
Tiada berkurang apa pun padaNya
Jika setakat falak soalnya
Perkara itu kecil bagiNya

Al Hadi itu jelas namanya
Bimbing makhluk tiada hentinya
Serta Rahman dan kaseh sayangnya
Ilmu dicurah pada bekasnya

Dalam cipta beriring binasa
Dijatuhkan satu didatangkan gantinya
Dulu rencana kini tersedia
Tiada halangan pada mahuNya

Dia bukannya berpeluk tuboh
Membiarkan perkara sendirian tumbuh
Sekelian alam Dia bertaruh
AlhamdulLah demikian utoh

Apa juga melata merayap
Digengaman Agung ia tertangkap
Pada ubun-ubun misalan digarap
‘Inna Rabba a’la siratim mustaqim’ sempurna adab


* Allahu waliyulazina Amanu yukhrijuhum minaz zulumati ilan Nur *