Thursday, March 31, 2011

Pesaka yang hilang

Hidup Nafas kerana Ampas
Hidup Ampas kerana Tanapas
Hidup Tanapas kerana Nufus
Hidup Nufus dengan hayat Alah Ta’ala

Di ketahui sebagai satu cabang ilmu Tahkik, Kitabnya sangat jarang di temui,
Pernah terjumpa sekali di catatkan didalam kitab karangan Hj Naim As-sufi
Hanya satu lembaran, dicantum dengan ilmu mengenal diri
Sayang sekali, mana nak dicari.

Besar hajat untuk mengetahui
Apa hujahnya ,apa pula yang disi
Apa susahnya dan yang perlu dipeduli
Empat baris yang pertama tadi

Telah ku perhatikan tinggalan orang tua –tau hebat ini
Al Ghazali, Ibnul Arabi, Hamzah Fansuri , Abdus Samad Al Palimbani
Abu Yazid Al Bistami , Karim Al Jili dan beberapa lagi
Sama sasaran berlainan bunyi

Namun semuanya nampak serasi
Di balik bahasa mengangkat jari
Kitab yang sama diselongkari
Walau zaman silih berganti


Itulah pengetahuan
Bukan untuk jualan
Bukan juga mencari upahan
Hanyalah menjejak perbendaharaan Tuhan

• Kuntu kanzon makhfiyan,pa ahbabtu ‘an arofa ,fakholaktul- kholak liyaqrifuni *
• (Kami perbendaharan tersembunyi maka amat suka dikenali, maka kami jadikan-kejadian dan dengannya mempekenalkan diri)
• - Hadis Qudsi

Nukilan,
Ismail Osman

Friday, March 11, 2011

Siapa kita ?

Tuhan
Kita
Alam

Kita bukan Tuhan
Kita bukan alam
Kita hanya pengantara

Kita bukan Tuhan kerana kita hanya makhluk yang dijadikan dari unsur alamiah iatu unsur tanah , ayer, api , angin. Bahagian –bahagian dari kebolehan hanya pinjaman seperti kebolehan melihat kemudiannya pudar dan rabun, boleh mendengar kemudian pendengaran beransur lemah dan mungkin pekak, bahagian –bahagian dari pengetahuan adalah kurnian sementara, boleh mengingati kemudian lupa, kekadang idea / ilham mencurah untuk dicatatkan, kekadang ianya kosong dan dungu,disatu masa sehat waktu lain pula sakit ,merasai hidup yang menempuh mati, perwatakan menempuh evolusi sebagai bayi, budak,remaja, dewasa dan tua . Mengapa terlebih perasan ?. Jangan jadi Fir’aun yang menyangka sebaliknya. Dan juga telah ditegaskan “sesungguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian “ juga dalam kalimatNya “ tidak ku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah akan Daku”dan dari sisi yang lain seperti “ Iyya ka nak budu “ dalam surah Al fatihah dan “wa ni’ak buduni haza siratim mustaqim” dalam surah Yaasin , dua kalimah pendek yang di kutip ini memiliki kata “ budu” yang memberi isyarat pada makhluk untuk membuat komitmen dan mematuhi ‘command’.

(Maka dengan santun kita menolak untuk berkemah bersama aliran Jabariah dan yang sama pegangan dengannya)

Kita bukan juga Alam semata, kita punya Roh Pemilik yang tiada mengalami mati, kataNya “wa nafaktu fihi min ruhi”, kita menerima nilai dari dosa dan pahala ( padahal alam semesta dan segala haiwan tiada) kita seakan mempunyai berbagai pilihan dan menetap keputusan, mengrealisasikan citarasa dan juga menjadi tempat dimana dia memperkenalkan Dirinya dan Dia juga berkata “ manusia itu Rahsiaku dan Akulah Rahsianya”. Dan dalam tamsilan sebagai sebuah “cermin” yang kita me-nyata-kan sifat, af’al dan asma ketuhanannya.

(Maka kita lebih tegas menolak En Charles R Darwin dengan ‘ theory science’ nya yang manusia berasal dari berok diawal evolusi - agak-agaknya dia ni athies, bidang theology tak dak dalam kamus dia)

Pada keadaan inilah kita berdiri dengan identiti penuh misteri “siapa kita ini “ dan ramai pula yang tersungkur kebumi kerana tersalah mencekupnya. Dengan tugas memelihara amanah keilahiannya, dan menzahirkan penghargaan pada yang sebenar-benarnya berhak menerima seperti yang terbayang dalam mode kerja “rukun yang lima “ atau tambahan nya iaitu Tasbih, Tahmid dan Takbir ( yang mana satu pun di sebut ibadah juga namanya kerana abid itu dalam fungsinya)

Bagi setiap Nabi ada kaumnya yang mesti dikekang dibawah peraturan undang-undang agama yang dibawanya kerana kombinasi unsur dan alam telah membentuk satu kesedaran kerajaan autonomi nafsu diri yang bertaraf haiwan (haiwanun-natiqah),yang mana ini jika tanpa panduan dan bimbingan pasti tidak akan bersesuaian dengan pengkhususannya sebagai “ khalifah dimuka bumi”

Jadi, sedarkanlah diri kita , perelokanlah laku kita , bila kertas dan dawat paparkan “ayat suci”, secara otomatis objek itu bertukar status menjadi sesuatu yang dihormati .

Nabi S.A W bersabda “Ana abduhu wa rasuuluh (saya hambaNya dan RasulNya)
Menempuh kebisingan hidup dalam keheningan yang redup
Tiada perangkap hati dalam menceraikan rezeki tanpa rasa rugi
Tersenyum walau dimarahi , tiada dendam bertapak dihati
Memahami semua tajalli dan perintah pada jawab “ Qul, Ruhi min Amri Rabbi”

Dijangkakan, pasti banyak soalan timbul tentang keberagaman(multiplicity) , biar ditegaskan , Itu pada sifat ,af’al dan asma bukan pada ZatNya yang harmoni dengan Satunya (wahdahu, la syarika Lahu ) Tiada sebarang pengetahuan yang pernah dicapai oleh manusia mau pun yang bergelar nabi-nabi dan aulia berkenaan Az Zat Nya , dikatakan merenung dengan aqal tanda seorang itu menjadi kufur.

• Wala yuhithuna bisyain min ilmihi illa bi ma syaa’
Sebaris dari Ayatul Kursyi
.

Nukilan,
Ismail Osman

Sunday, March 6, 2011

Aduhai....

Tidak lama dahulu
Ku baca didada akhbar Ustaz muda membuat komentar
Ulamak melayu itu tak sehebat mana
Kononnya hanya gembur-gembur saja
Juga disebut nya hadis “man arofa nafsahu, faqod ‘arofa Robbahu
Sebagai rujukan yang dzoif, sanadnya di ragui

Dalam hairan ku selongkari
Lalu terjumpa dalam tinggalan AlGhazali
Dalam Sirrul Asrar tinggalan Syekh Abdul Qadir Jailani
Dalam Durun Nafis tinggalan Syekh Mohd Nafis bin Husen AlBanjari
Dalam Sairus Salikin tinggalan Syekh Abdus Samad Al Palembani
Tercatat dengan huraian yang indah sekali

Aku pun bertanya diri sendiri
Siapa hamba Allah ini
Bagaimana dia lebih cerdas melampaui
Dari guru-guri sufi yang seluruh hidupnya menyerah diri , pada Ilahi

MasyaAllah, janganlah kau berkecil hati
Seandai kau baca tulisan ini
Masa yang lama diperlukan
Untuk yang muda menjadi masak


Kata Rumi “ jangan kau lihat siapa yang bercakap’ tapi lihat apa yang dicakap”