Friday, March 11, 2011

Siapa kita ?

Tuhan
Kita
Alam

Kita bukan Tuhan
Kita bukan alam
Kita hanya pengantara

Kita bukan Tuhan kerana kita hanya makhluk yang dijadikan dari unsur alamiah iatu unsur tanah , ayer, api , angin. Bahagian –bahagian dari kebolehan hanya pinjaman seperti kebolehan melihat kemudiannya pudar dan rabun, boleh mendengar kemudian pendengaran beransur lemah dan mungkin pekak, bahagian –bahagian dari pengetahuan adalah kurnian sementara, boleh mengingati kemudian lupa, kekadang idea / ilham mencurah untuk dicatatkan, kekadang ianya kosong dan dungu,disatu masa sehat waktu lain pula sakit ,merasai hidup yang menempuh mati, perwatakan menempuh evolusi sebagai bayi, budak,remaja, dewasa dan tua . Mengapa terlebih perasan ?. Jangan jadi Fir’aun yang menyangka sebaliknya. Dan juga telah ditegaskan “sesungguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian “ juga dalam kalimatNya “ tidak ku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah akan Daku”dan dari sisi yang lain seperti “ Iyya ka nak budu “ dalam surah Al fatihah dan “wa ni’ak buduni haza siratim mustaqim” dalam surah Yaasin , dua kalimah pendek yang di kutip ini memiliki kata “ budu” yang memberi isyarat pada makhluk untuk membuat komitmen dan mematuhi ‘command’.

(Maka dengan santun kita menolak untuk berkemah bersama aliran Jabariah dan yang sama pegangan dengannya)

Kita bukan juga Alam semata, kita punya Roh Pemilik yang tiada mengalami mati, kataNya “wa nafaktu fihi min ruhi”, kita menerima nilai dari dosa dan pahala ( padahal alam semesta dan segala haiwan tiada) kita seakan mempunyai berbagai pilihan dan menetap keputusan, mengrealisasikan citarasa dan juga menjadi tempat dimana dia memperkenalkan Dirinya dan Dia juga berkata “ manusia itu Rahsiaku dan Akulah Rahsianya”. Dan dalam tamsilan sebagai sebuah “cermin” yang kita me-nyata-kan sifat, af’al dan asma ketuhanannya.

(Maka kita lebih tegas menolak En Charles R Darwin dengan ‘ theory science’ nya yang manusia berasal dari berok diawal evolusi - agak-agaknya dia ni athies, bidang theology tak dak dalam kamus dia)

Pada keadaan inilah kita berdiri dengan identiti penuh misteri “siapa kita ini “ dan ramai pula yang tersungkur kebumi kerana tersalah mencekupnya. Dengan tugas memelihara amanah keilahiannya, dan menzahirkan penghargaan pada yang sebenar-benarnya berhak menerima seperti yang terbayang dalam mode kerja “rukun yang lima “ atau tambahan nya iaitu Tasbih, Tahmid dan Takbir ( yang mana satu pun di sebut ibadah juga namanya kerana abid itu dalam fungsinya)

Bagi setiap Nabi ada kaumnya yang mesti dikekang dibawah peraturan undang-undang agama yang dibawanya kerana kombinasi unsur dan alam telah membentuk satu kesedaran kerajaan autonomi nafsu diri yang bertaraf haiwan (haiwanun-natiqah),yang mana ini jika tanpa panduan dan bimbingan pasti tidak akan bersesuaian dengan pengkhususannya sebagai “ khalifah dimuka bumi”

Jadi, sedarkanlah diri kita , perelokanlah laku kita , bila kertas dan dawat paparkan “ayat suci”, secara otomatis objek itu bertukar status menjadi sesuatu yang dihormati .

Nabi S.A W bersabda “Ana abduhu wa rasuuluh (saya hambaNya dan RasulNya)
Menempuh kebisingan hidup dalam keheningan yang redup
Tiada perangkap hati dalam menceraikan rezeki tanpa rasa rugi
Tersenyum walau dimarahi , tiada dendam bertapak dihati
Memahami semua tajalli dan perintah pada jawab “ Qul, Ruhi min Amri Rabbi”

Dijangkakan, pasti banyak soalan timbul tentang keberagaman(multiplicity) , biar ditegaskan , Itu pada sifat ,af’al dan asma bukan pada ZatNya yang harmoni dengan Satunya (wahdahu, la syarika Lahu ) Tiada sebarang pengetahuan yang pernah dicapai oleh manusia mau pun yang bergelar nabi-nabi dan aulia berkenaan Az Zat Nya , dikatakan merenung dengan aqal tanda seorang itu menjadi kufur.

• Wala yuhithuna bisyain min ilmihi illa bi ma syaa’
Sebaris dari Ayatul Kursyi
.

Nukilan,
Ismail Osman

No comments:

Post a Comment