Monday, April 18, 2011

Sahabat yang Pulang

(Buat kenangan untuk Zak (Zakaria Puteh) sahabat karibku yang telah pulang ke rahmattulLah pada 18 April 2011)

Sahabatku..
Demikianlah yang berlaku pada semua
Dalam sunnah yang tidak dapat diubah
Yang insiden bukanlah pengulangan
Tapi tajalli tiada pernah terhenti dengan “kun”Nya

Dari sebelah sana tentu kau temui
Jawapan bagi semua muslihat tentang nasehat, azam , perintah dan larangnya
Demi Rahsia Diri dengan rencana agung yang di cuitkan pada kita, kami, mereka,dia,kamu dan Aku

Sahabat ..kau tidak kemana-mana
Pakaianmu hanya disimpan di tempat asalnya
Kerana ia alami rusak dan lusoh
Sedang kau bebas dari semua bila dikampong halaman

Hanya….
Kami disini tidak mengerti
Memandang dibalik tirai besi
Sebahagian kami menjadi iri
Kau datang kemudian tapi dulu pula dijemput pergi

Sahabat..
Akan ada harinya
Kami pasti menyusul
Untuk mengambil keberuntungan yang sama.

Thursday, March 31, 2011

Pesaka yang hilang

Hidup Nafas kerana Ampas
Hidup Ampas kerana Tanapas
Hidup Tanapas kerana Nufus
Hidup Nufus dengan hayat Alah Ta’ala

Di ketahui sebagai satu cabang ilmu Tahkik, Kitabnya sangat jarang di temui,
Pernah terjumpa sekali di catatkan didalam kitab karangan Hj Naim As-sufi
Hanya satu lembaran, dicantum dengan ilmu mengenal diri
Sayang sekali, mana nak dicari.

Besar hajat untuk mengetahui
Apa hujahnya ,apa pula yang disi
Apa susahnya dan yang perlu dipeduli
Empat baris yang pertama tadi

Telah ku perhatikan tinggalan orang tua –tau hebat ini
Al Ghazali, Ibnul Arabi, Hamzah Fansuri , Abdus Samad Al Palimbani
Abu Yazid Al Bistami , Karim Al Jili dan beberapa lagi
Sama sasaran berlainan bunyi

Namun semuanya nampak serasi
Di balik bahasa mengangkat jari
Kitab yang sama diselongkari
Walau zaman silih berganti


Itulah pengetahuan
Bukan untuk jualan
Bukan juga mencari upahan
Hanyalah menjejak perbendaharaan Tuhan

• Kuntu kanzon makhfiyan,pa ahbabtu ‘an arofa ,fakholaktul- kholak liyaqrifuni *
• (Kami perbendaharan tersembunyi maka amat suka dikenali, maka kami jadikan-kejadian dan dengannya mempekenalkan diri)
• - Hadis Qudsi

Nukilan,
Ismail Osman

Friday, March 11, 2011

Siapa kita ?

Tuhan
Kita
Alam

Kita bukan Tuhan
Kita bukan alam
Kita hanya pengantara

Kita bukan Tuhan kerana kita hanya makhluk yang dijadikan dari unsur alamiah iatu unsur tanah , ayer, api , angin. Bahagian –bahagian dari kebolehan hanya pinjaman seperti kebolehan melihat kemudiannya pudar dan rabun, boleh mendengar kemudian pendengaran beransur lemah dan mungkin pekak, bahagian –bahagian dari pengetahuan adalah kurnian sementara, boleh mengingati kemudian lupa, kekadang idea / ilham mencurah untuk dicatatkan, kekadang ianya kosong dan dungu,disatu masa sehat waktu lain pula sakit ,merasai hidup yang menempuh mati, perwatakan menempuh evolusi sebagai bayi, budak,remaja, dewasa dan tua . Mengapa terlebih perasan ?. Jangan jadi Fir’aun yang menyangka sebaliknya. Dan juga telah ditegaskan “sesungguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian “ juga dalam kalimatNya “ tidak ku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah akan Daku”dan dari sisi yang lain seperti “ Iyya ka nak budu “ dalam surah Al fatihah dan “wa ni’ak buduni haza siratim mustaqim” dalam surah Yaasin , dua kalimah pendek yang di kutip ini memiliki kata “ budu” yang memberi isyarat pada makhluk untuk membuat komitmen dan mematuhi ‘command’.

(Maka dengan santun kita menolak untuk berkemah bersama aliran Jabariah dan yang sama pegangan dengannya)

Kita bukan juga Alam semata, kita punya Roh Pemilik yang tiada mengalami mati, kataNya “wa nafaktu fihi min ruhi”, kita menerima nilai dari dosa dan pahala ( padahal alam semesta dan segala haiwan tiada) kita seakan mempunyai berbagai pilihan dan menetap keputusan, mengrealisasikan citarasa dan juga menjadi tempat dimana dia memperkenalkan Dirinya dan Dia juga berkata “ manusia itu Rahsiaku dan Akulah Rahsianya”. Dan dalam tamsilan sebagai sebuah “cermin” yang kita me-nyata-kan sifat, af’al dan asma ketuhanannya.

(Maka kita lebih tegas menolak En Charles R Darwin dengan ‘ theory science’ nya yang manusia berasal dari berok diawal evolusi - agak-agaknya dia ni athies, bidang theology tak dak dalam kamus dia)

Pada keadaan inilah kita berdiri dengan identiti penuh misteri “siapa kita ini “ dan ramai pula yang tersungkur kebumi kerana tersalah mencekupnya. Dengan tugas memelihara amanah keilahiannya, dan menzahirkan penghargaan pada yang sebenar-benarnya berhak menerima seperti yang terbayang dalam mode kerja “rukun yang lima “ atau tambahan nya iaitu Tasbih, Tahmid dan Takbir ( yang mana satu pun di sebut ibadah juga namanya kerana abid itu dalam fungsinya)

Bagi setiap Nabi ada kaumnya yang mesti dikekang dibawah peraturan undang-undang agama yang dibawanya kerana kombinasi unsur dan alam telah membentuk satu kesedaran kerajaan autonomi nafsu diri yang bertaraf haiwan (haiwanun-natiqah),yang mana ini jika tanpa panduan dan bimbingan pasti tidak akan bersesuaian dengan pengkhususannya sebagai “ khalifah dimuka bumi”

Jadi, sedarkanlah diri kita , perelokanlah laku kita , bila kertas dan dawat paparkan “ayat suci”, secara otomatis objek itu bertukar status menjadi sesuatu yang dihormati .

Nabi S.A W bersabda “Ana abduhu wa rasuuluh (saya hambaNya dan RasulNya)
Menempuh kebisingan hidup dalam keheningan yang redup
Tiada perangkap hati dalam menceraikan rezeki tanpa rasa rugi
Tersenyum walau dimarahi , tiada dendam bertapak dihati
Memahami semua tajalli dan perintah pada jawab “ Qul, Ruhi min Amri Rabbi”

Dijangkakan, pasti banyak soalan timbul tentang keberagaman(multiplicity) , biar ditegaskan , Itu pada sifat ,af’al dan asma bukan pada ZatNya yang harmoni dengan Satunya (wahdahu, la syarika Lahu ) Tiada sebarang pengetahuan yang pernah dicapai oleh manusia mau pun yang bergelar nabi-nabi dan aulia berkenaan Az Zat Nya , dikatakan merenung dengan aqal tanda seorang itu menjadi kufur.

• Wala yuhithuna bisyain min ilmihi illa bi ma syaa’
Sebaris dari Ayatul Kursyi
.

Nukilan,
Ismail Osman

Sunday, March 6, 2011

Aduhai....

Tidak lama dahulu
Ku baca didada akhbar Ustaz muda membuat komentar
Ulamak melayu itu tak sehebat mana
Kononnya hanya gembur-gembur saja
Juga disebut nya hadis “man arofa nafsahu, faqod ‘arofa Robbahu
Sebagai rujukan yang dzoif, sanadnya di ragui

Dalam hairan ku selongkari
Lalu terjumpa dalam tinggalan AlGhazali
Dalam Sirrul Asrar tinggalan Syekh Abdul Qadir Jailani
Dalam Durun Nafis tinggalan Syekh Mohd Nafis bin Husen AlBanjari
Dalam Sairus Salikin tinggalan Syekh Abdus Samad Al Palembani
Tercatat dengan huraian yang indah sekali

Aku pun bertanya diri sendiri
Siapa hamba Allah ini
Bagaimana dia lebih cerdas melampaui
Dari guru-guri sufi yang seluruh hidupnya menyerah diri , pada Ilahi

MasyaAllah, janganlah kau berkecil hati
Seandai kau baca tulisan ini
Masa yang lama diperlukan
Untuk yang muda menjadi masak


Kata Rumi “ jangan kau lihat siapa yang bercakap’ tapi lihat apa yang dicakap”

Monday, February 28, 2011

Dengan fitrah, kita mendatang.
Bagaikan siang tika menjelang,
Semasa kecil kita ditatang
Bila dewasa sendirian berjuang

Ada senjata dan beban dibelakang.
Juga amanah perlu disandang.
Hendaklah selaras jangan terkurang
Semuga Raja tak jadi berang

Dari takhta Dia memandang
Tempat Tertinggi tiada berhalang
Perintah yang mesti jangan ditentang
Itulah Penakluk tak kenal kurang

Sehat, sakit, susah dan senang
Bacaan yang rumit bukan kepalang
Ranjau muslihat dan dalamnya jurang
Demi Rajalah kita berperang

Perlu kau tahu itulah peluang
Akuan asal ketika bersidang
.Menunggu petang panggilan pulang
Berhimpun sigelap kehazrat yang terang.

Alastu birabbikum – bala shahidna
Sidang suci menunduk semua.
Beruntunglah siArif tak lupa janjinya
Khauf , raja’, mahabbah jadi jubahnya.

Dia bertanya bukannya jahil
Hanya berdailog dengan sang wakil
Niat berbohong dengannya mustahil
Rahsia Dirinya segala dalil

Dengan Musa Dia bertutur
Bukan dibarat bukan ditimur
Permohonan melihat”telah diukur
Zat yang suci dan , jasad yang kotor

Ditampakan tajalli di bukit Thur
Bukit yang gagah menjadi lebur
Terus pengsan dibumi tertidur
Diam lah si hamba penuh akur

Satu masa Musa terlupa
Menyangka diri tahu semua
Ditunjuki Khizir hamba terahsia
Satu pelajaran tiga cerita

Thursday, February 24, 2011

Satu Yang Sama

Selepas wafat Khatamal Anbia
Pernah ku dengar orang berkata
Kewalian terhenti didalam dunia
Tiada Aulia dizaman kita

Dasar apakah pandangan diberi
Berputus asa demikian sekali
Tidakkah Tuhan berdaya lagi
Akal dan hati kemana pergi

Dia yang dulu sekarang pun sama
Tiada berkurang apa pun padaNya
Jika setakat falak soalnya
Perkara itu kecil bagiNya

Al Hadi itu jelas namanya
Bimbing makhluk tiada hentinya
Serta Rahman dan kaseh sayangnya
Ilmu dicurah pada bekasnya

Dalam cipta beriring binasa
Dijatuhkan satu didatangkan gantinya
Dulu rencana kini tersedia
Tiada halangan pada mahuNya

Dia bukannya berpeluk tuboh
Membiarkan perkara sendirian tumbuh
Sekelian alam Dia bertaruh
AlhamdulLah demikian utoh

Apa juga melata merayap
Digengaman Agung ia tertangkap
Pada ubun-ubun misalan digarap
‘Inna Rabba a’la siratim mustaqim’ sempurna adab


* Allahu waliyulazina Amanu yukhrijuhum minaz zulumati ilan Nur *

Wednesday, February 23, 2011

Wahai sidang hadirin semua
Restu dan ampunlah kepada saya
Ingat mengingati sesama kita
Saat kematian tajuk bicara

Telah termaktub lagi muktamad
Dalam Al Quran benar tersemat
Tidak terlepas atau terselamat
Semua makhluk semua umat

Tiada sesaat dikurang ditambah
Bersungguh yakin jangan berubah
Semuga iman jadi bercambah
Zikril Maut satu ibadah

Bila Izrail terima perintah
Tetap dan maklum patuh menyembah
Menghampiri siabid tertanda sudah
Baginya itu kerja yang mudah

Riak siHamba bagai memandang
Apakah sakitnya amat kepalang
Sabda Nabi jika dikenang
Seperti seribu tetakan mata pedang

Tiada yang pergi pulang bercerita
Takutlah saya mereka-reka
Sekadar ingat pesan pendita
Pesan ibu dan guru semua

Bukan mati para syuhadah
Mereka itu sekadar berpindah
Terkorban mereka dijalan Allah
Saat kematian dalam ibadah

Demikian saya memohon diri
Bicara kini saya akhiri
Jika diizin Ilahi.. Ya Rabbi
Mungkin bicara dilain kali

Tuesday, February 22, 2011

Sungguh ku diam tiada menyahut
Ketika di ajak renangi laut
Bercakap pula hal hal malakut
Awas Awas lah jangan mengarut

Walau pun tenang ku rasa khuatir
Bila di tegaskan Ia nya hampir
Lebih dari urat dan leher
Tiada bezanya kilat dan petir

Dia yang Awal Dia yang akhir
Dia yang batin Dia yang zahir
Jangan silap membuat tafsir
Sedang mengucap pun dituduh kafir

Tahu sempadan kita selamat
Jarum dan benang saling berjabat
Diatas kain buat ibadat
Gerak tangan empunya kudrat

Monday, February 21, 2011

Insiden Kecil

Jemari lembut memetik cempaka,
kudup kudup semuanya
Dihulurkan pada ku dan ku terima
Lalu diletak diatas meja

Sejam berlalu tanpa peduli
Akhirnya memandang takjub sekali
Kuntumnya kembang cantik berseri
Ajaib rasa kulihat yang ini

Begitu patuh makhluk ini
Sempurnakan fitrah hakikat diri
Bebaskan harum haruman wangi
Walau terpisah tangkai sendiri

Tiba waktunya tentulah layu
Pasti hati ku menjadi sayu
Apakan daya itulah nasib mu
Untuk sekejap datang bertamu.

Saturday, February 12, 2011

39B = Adiwira Negara

Di satu hari saya membelek kembali mail didalam ‘inbox file’ sebelum memadamkannya ,lalu terjumpa satu mail dari sahabat akrab, selepas membaca saya rujuk kembali jawapan saya dan mencantumkannya, saya dapati catatan ini mempunyai nilai informasi dan mode pendidikan yang patut dikongsikan bersama melalui laman ini . dengan sedikit edit dan delete bahan yang tak perlu saya paparkan dibawah buat renungan dibawah ini.
Dari sahabat (inbox)

Bang Mail...apa khabar? saya alhamdulillah...biasa2 jer....anyway ....baru2 ni jiran depan rumah sy kena tangkap polis...coz rumah tu jadi makmal memproses dadah...jenis shabu...ada masuk paper 28@29 jan 2011 baru ni...muda gak yg kena tu.....umur 22-26 thn....3 orang...confirm kena 39B hukuman gantung.....mulanya saya tak tahu...ipar juga yg bagi tahu......tapi yang peliknya...sampai skrg jiran2 x habis dok citer pasal keburukan dan mcm2 lg....lebih2 lg pasal hukuman gantung tu.......betul @ tidak pendapat saya ni bang....pada saya mmg dari segi teknikalnya mmg salah...tapi hakikatnya mereka bertiga tu tersangat beruntung...kerana mereka dapat tahu bila masanya mereka akan digantung...sedangkan kita ni tak tahu lagi macam mana...... ....hairan sungguhkan..manusia2 di sekeliling saya ni.....keburukan yg sentiasa menjadi bahan tomahan,fitnah dan isu yg di bangkitkan.....langsung tak memandang kebaikan yg menanti......so...what your comment.....

Dari reply / sent item
Ye Mal, memang benar, cukup ngeri kalau kita renung jenis2 kematian yang begitu, itulah tujuan hukum diturunkan, mesejnya untuk mengawal manusia i.e korbankan beberapa penjenayah untuk memberikan amaran kepada beberapa ribu prospek pelaku jenayah demi kesejahteraan beberapa juta 'innocent' yang lemah. Bagi si hamba itu (saya tukar istilahnya) pula dia punya takdirnya sendiri sejak azali, telah di tetapkan waktu lahir nya , mati dan sebabnya ..tali ?... kesemuanya.. iatu bermula dari cenderungnya, seleranya, kecerdasannya akan saling bantu-membantu kearah kesempurna perintah 'jadi' seperti yg ditetapkan diazali, persepsi awam ,boleh kita peduli tapi jangan ambil hati , ianya boleh dijadikan bahan study (afaaluLah-satu bab dalam ilmu tahkik = SUFI ) (agi idup agi ku cari).

Assalamualaikum wa rahmatullah

Friday, February 11, 2011

kilat ikan di ayer dah tahu jantan betina...arif atau prejudis

Kita istilahkannya sebagai tanggapan maklumat sepintas lalu, iye..kita di bawah sedar selalu telah meletakan satu dasar yg bersumberkan maklumat yg di terima, yg mungkin jauh apa yg perlu difahami, mari kita lihat kes ini,
Ah chong yg sedang maka dikantin berkata “aya.. manyak silap la” , dengan spontan Ali berkata “ apa ni, silap apa ? tukang masak ke ? atau ada allergic ? Itu sikap kita dalam intepretasi terhadap insiden itu berbanding fakta yg sebenarnya Ah Chong sedang memberi komplimen yg diartikan sebagai makanan ini sangat sedap. Inilah yg mengingatkan saya kepada satu pesan dari bapa dan guru saya,yang didengar dari seorang ulama berkata “ apa yg kau lihat jangan percaya, apa yang kau dengar jangan percaya melainkan dengan usul periksa”.
Disebabkan “ usul periksa “ inilah kita percaya kitab asbabun-nuzul diterbitkan bagi membantu umat memahami Al-Quran, didalamnya dicatakan sebab turun ayat, waktunya, tempatnya dan lain-lain lagi, tidak boleh sekadar baca dan alih bahasa sahaja, ini tidak sesuai , kerana ianya boleh diklasifikasikan sama saja dengan tanggapan maklumat sepintas lalu, apa lagi Al Ghazali didalam kitabnya berjudul arrisalatul laduniyah ada menyebut sebuah hadis qudsi yg berbunyi
“ ma min ayatin, min ayatinnil quraani illa wa laha dzohrun wa batnun, li batnihi batnun ila sab’atin abtun, wa fi riwatin ila tis’atin abtun “ yang membawa maksud apa-apa saja dari ayat-ayat kami, dari ayat-ayat kitab / bacaan kami ada mempunyai dzahir dan bathin, bathin itu pula ada mempunyai hingga tujuh bathin lagi, didalam riwayat yang lain sehingga sembilan batin, bayangkanlah, amat rumit bunyinya.
Kita telah perhati diawal tulisan ini pada peringkat sekular dan kita lihat bagaimana ‘consequence”nya, jika dalam hal agama tentulah demikian juga.
Mengakhiri catatan penulis berharap semua kita akan mengutamakan kod 'usul periksa' sebagai platform dalam memproses tindakan tanpa dipengaruhi seperti tajuk diatas.
sekian , wassalam.

Tuesday, February 8, 2011

Drama seram dan kesannya

Umumnya kita lihat penerbitan drama seram waktu ini begitu banyak disiarkan, pasti ianya mempunyai ramai peminatnya kerana kesan yang ditimbulkan melalui bunyi, make-up, pengawalan cahaya yang baik ternyata dapat mempengaruhi penghayatan kita, namun kesan nya keatas anak-anak dan remaja tidak dapat tidak perlu juga di beri perhatian, sebagai contoh enggannya mereka masuk kerumah jika seorang diri, takut melihat pokok besar dimalam hari dan sebagainya. jika sifat ini berterusan, persepsi yang berasal dari khayalan ini boleh menjadi sebati sebagai asas pertimbangannya dalam membuat keputusan, di sudut agama pula ia-nya berbahaya iaitu dalam hal untuk memastikan tauhid menyembah hanya tuhan yang satu.
Saya sendiri sedar bagaimana pengaruh tahyul ini cuba menguasa diri bila pulang lewat dimalam hari melalui perkuboran,tak kiralah islam ke, cina ke atau hindu sesuatu rasa seperti di-set telah mampu melenyap relaxe kita, walau pun telah kita menerima begitu banyak pengetahuan yang mengesahkan hanya tuhan Allah sahaja yang memiliki hak mandatory dalam menghidup dan mematikan.
bersambung lagi nanti, insyaallah.